Khamis, 11 Februari 2010

Penahanan 29 penunjuk perasaan sebagai taktik kerajaan pemerintah .(selangorkini post)

SHAH ALAM, 11 Feb - Penahanan 27 aktivis dalam perhimpunan aman membantah cubaan meracun Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan racun arsenic 10 tahun lalu adalah taktik menyekat momentum reformasi.

Pada tahun 1999, ribuan turun membanjiri Masjid Kuala Lumpur apabila umum diberitahu ada usaha meracun Anwar, yang pada masa itu ditahan di penjara Sungai Buloh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah, Bendahari Pas Dr Hatta Ramli, Pengarah Biro Strategi PKR Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais antara yang ditahan dalam operasi polis hari itu .

Tian Chua berkata keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membebaskan aktivis terbabit adalah bukti jelas bahawa penahanan kerajaan adalah berniat jahat.

“Dengan kes ini dibuang daripada mahkamah membuktikan sebenarnya bukan sahaja tidak ada kes malah pendakwaan juga tidak serius untuk menjalankan kes ini,” katanya.

Mereka didakwa atas tuduhan berhimpun secara haram di Masjid Negara antara jam 1.30 petang dan 5.13 petang pada 19 September 1999.

Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua tertuduh selepas 11 tahun kes ini dibicarakan. Faktor utama mahkamah membuang kes ini adalah tujuh saksi utama gagal menampilkan diri sejak November tahun lalu.

Antara saksi tersebut adalah OCPD Dang Wangi pada masa itu, Bakri Zinin, yang mendalangi operasi menahan 27 aktivis terbabit.

“Seharusnya Bakri Zinin hari ini yang merupakan ketua jabatan siasatan jenayah harus lepaskan jawatan kerana dia tidak amanah kepada kerjanya.

“Ini menunjukkan bahawa dia langsung tidak bertanggungjawab dan dia hanya kejar jawatan,” katanya.

Sivarasa berkata meskipun momentum rakyat terjejas dengan operasi ini, namun pemerintah gagal menyekat semangat reformasi dari merebak.

“Tetapi bagi saya, inilah cubaan propaganda Barisan Nasional (BN) tetapi tidak berjaya. Kerana melalui proses reformasi yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999, kesedaran rakyat juga sudah berubah. Mereka sekarang lebih faham tentang isu hak asasi, isu hak yang dilindungi di bawah perlembagaan dan sikap rakyat kepada perhimpunan dan hak berhimpun juga sudah berubah,” katanya.

Isu Allah: 'Melayu tak akan beli nasi lemak Cina'(malaysiakini post)

Orang Melayu yang cukup sensitif dengan kalimah Allah - sama seperti kecerewetannya memilih makanan halal - tidak akan terikut-ikut atau terkeliru dengan penggunaan kalimah itu dalam agama lain.

dr asri mufti perlis 081008"Orang Islam, nasi lemak kalau orang bukan Islam buat, (dan) dia tahu - ini kawan saya yang contohkan - dia tidak beli. Pasal makan dia sensitif....

"Dia mungkin beli kereta daripada kamu (bukan Islam) atau benda-benda lain, tetapi (bab) makan dia tidak makan. Dia tidak beli. Dia akan cari yang lain, (ini) sensitif," jelas bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kiasan yang menarik.

"Kalau nasi lemak itu dia boleh tidak beli, takkan dia hendak guna Allah (ikut penggunaan) Kristian. Tentu dia guna Allah (seperti difahami) Islam."

Tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya itu mengulas kebimbangan dan kecurigaan orang Islam terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

NONESelepas mahkamah tinggi membenarkan perkataan 'God' diterjemahkan sebagai Allah dalam penerbitan Katholik pada 31 Disember, tercetus pelbagai insiden tegang, antaranya perbuatan khianat terhadap masjid dan gereja.

Dr Mohd Asri menambah, penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat Katholik di Malaysia sebenarnya hanya merujuk kepada "tuhan yang Maha Berkuasa".

'Apakah Allah digunakan secara benar?'

Bagaimanapun, pandangan tersebut tidak dikongsi bersama dua lagi NGO Melayu - baik yang dekat dengan pemerintah atau yang cenderung kepada pembangkang.

"Semua kumpulan Islam bersatu menegaskan Allah itu Tuhan yang Esa. Semua bertegas tiada makna Allah yang lain boleh diterima.

"Semua bersetuju bahawa ini, isu yang menyentuh soal akidah yang tidak boleh dikompromi sama sekali," kata Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Azmi Abdul Hamid.

Manakala Persatuan Pengguna Islam (PPIM) yang terlibat berdemonstrasi dan menganjurkan kempen kutipan tandatangan bantahan terhadap keputusan mahkamah pada hujung tahun lalu pula berkata:

sausage dilema ppim pc 290305 approved abatoirs"Bagi saya, penggunaannya sesiapa pun dibenarkan menurut apakah ia digunakan secara yang sebenar, sama ada secara lisan atau tulisan," kata setiausaha agungnya Datuk Ma'amor Osman

Malaysiakini menebual ketiga-tiga tokoh yang berbeza pandangan dan aliran -d alam sesi yang berbeza - bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berhubung pro dan kontra penggunaan kalimah Allah dalam masyarakat bukan Islam.

Mengulas sama ada ketegangan masyarakat Islam-Kristian di Malaysia mempunyai kaitan dengan pengembagan hubungan tersebut di seluruh dunia, Ma'amor cuba melihatnya dengan hubungan yang lebih besar - peranan agensi risikan Amerika Syarikat, CIA.

'Ini semua kerja CIA'

"Saya khuatir ini tanpa sedar, peluang untuk CIA menghancurkan negara kita. Mereka tidak akan senang untuk melihat (negara Islam seperti) Malaysia kuat, Indonesia kuat…Sebab bagi dia, negara yang kuat menjadi pesaing kepada mereka.

"Dia lebih suka orang lemah. Sebab itu kita lihat bagaimana selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, puak ini (CIA) kata akan berlaku huru-hara dan akan hancurlah Malaysia," katanya penuh curiga.

cia central intelligence agencySementara Azmi mengulas dengan jelas, berkata:

"Islam sudah lama dicemburui oleh mubaligh Kristian. Sejarah panjang era penjajahan Eropah-Kristian untuk membawa 'gospel, glory dan gold' (agama, keagungan dan harta) ke rantau negara-negara umat Islam tidak dapat dinafikan.

Asri pula sekali lagi berbeza pandangan dan dilihat lebih terbuka dengan menafikan wujudnya ketegangan kerana penganut Kristian hanyalah golongan minoriti di Malaysia.

"Saya tidak tahu, ramai orang Islam sangka Kristian musuh utamanya. Tetapi pada hakikatnya, dalam al-Quran dan Sunnah, Kristian dan Yahudi lebih dekat degan Islam daripada agama lain."

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mempunyai pandangan yang sama berhubung keperluan diperbanyakkan dialog antara agama dan menolak penggunaan akta kontroversi ISA dalam menangani isu tersebut.

Dr Mohd Asri dan Azmi telah diketahuai umum tidak menyenangi akta tersebut, termasuk mengeluarkan kenyataan terbuka mengenainya.

Bagaimanapun, Ma'mor yang konsisten menyokong keabsahan akta tersebut kali ini menolaknya kerana "ISA tidak harus digunakan secara sewenang-wenang" tanpa berasaskan bukti.

Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pljr S.M St.Augustine Betong Di Kesan !(pahangdaily)

Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala babi yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala babi telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang ingin kami dedahkan kali ini ialah satu isu yang harus dianggap sensitif terhadap seluruh umat Islam di negara kita. Rupanya, ada isu penghinaan terhadap agama Islam yang lebih berat dan perlu diberi perhatian telah berlaku penghujung tahun 2009 yang lalu. Namun, dek kerana ia agak terpencil maka isu tersebut tidak diberi perhatian secara meluas oleh pihak media arus perdana. Kami bukanlah mahu mencari jalan untuk mewujudkan perbalahan atau kekacauan sebenarnya. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam maka kami juga terpanggil untuk memaparkan adengan ini agar ia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya yang menjaga kepentingan agama di negara kita. Isunya berkaitan sebilangan pelajar dari Sek.Men St.Augustine, Betong Sarawak didapati telah secara jelas menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam di negara kita. Bukti jelas dengan paparan video di bawah, mereka menghina laungan "azan dan solat" orang Islam. Malah, kejadian yang cukup menggemparkan ini berlaku dalam sebuah gereja di sana. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, sama-samalah kita mengambil perhatian dan iktibar atas perkara ini. Natijahnya, rakyat Malaysia perlu diajar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika inilah keadaannya, maka pihak berkuasa haruslah menjalankan siasatan yang rapi untuk menahan dan mendakwa pihak terbabit. Penghinaan itu amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah Islam. Jika kerajaan boleh menagkap dan mendakwa Blogger Aduka Taruna kerana menghina Almarhum Sultan Johor, maka mengapa tidak kepada mereka yang terlibat dengan jelas adengan ini?.