Khamis, 11 Februari 2010

Isu Allah: 'Melayu tak akan beli nasi lemak Cina'(malaysiakini post)

Orang Melayu yang cukup sensitif dengan kalimah Allah - sama seperti kecerewetannya memilih makanan halal - tidak akan terikut-ikut atau terkeliru dengan penggunaan kalimah itu dalam agama lain.

dr asri mufti perlis 081008"Orang Islam, nasi lemak kalau orang bukan Islam buat, (dan) dia tahu - ini kawan saya yang contohkan - dia tidak beli. Pasal makan dia sensitif....

"Dia mungkin beli kereta daripada kamu (bukan Islam) atau benda-benda lain, tetapi (bab) makan dia tidak makan. Dia tidak beli. Dia akan cari yang lain, (ini) sensitif," jelas bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kiasan yang menarik.

"Kalau nasi lemak itu dia boleh tidak beli, takkan dia hendak guna Allah (ikut penggunaan) Kristian. Tentu dia guna Allah (seperti difahami) Islam."

Tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya itu mengulas kebimbangan dan kecurigaan orang Islam terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

NONESelepas mahkamah tinggi membenarkan perkataan 'God' diterjemahkan sebagai Allah dalam penerbitan Katholik pada 31 Disember, tercetus pelbagai insiden tegang, antaranya perbuatan khianat terhadap masjid dan gereja.

Dr Mohd Asri menambah, penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat Katholik di Malaysia sebenarnya hanya merujuk kepada "tuhan yang Maha Berkuasa".

'Apakah Allah digunakan secara benar?'

Bagaimanapun, pandangan tersebut tidak dikongsi bersama dua lagi NGO Melayu - baik yang dekat dengan pemerintah atau yang cenderung kepada pembangkang.

"Semua kumpulan Islam bersatu menegaskan Allah itu Tuhan yang Esa. Semua bertegas tiada makna Allah yang lain boleh diterima.

"Semua bersetuju bahawa ini, isu yang menyentuh soal akidah yang tidak boleh dikompromi sama sekali," kata Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Azmi Abdul Hamid.

Manakala Persatuan Pengguna Islam (PPIM) yang terlibat berdemonstrasi dan menganjurkan kempen kutipan tandatangan bantahan terhadap keputusan mahkamah pada hujung tahun lalu pula berkata:

sausage dilema ppim pc 290305 approved abatoirs"Bagi saya, penggunaannya sesiapa pun dibenarkan menurut apakah ia digunakan secara yang sebenar, sama ada secara lisan atau tulisan," kata setiausaha agungnya Datuk Ma'amor Osman

Malaysiakini menebual ketiga-tiga tokoh yang berbeza pandangan dan aliran -d alam sesi yang berbeza - bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berhubung pro dan kontra penggunaan kalimah Allah dalam masyarakat bukan Islam.

Mengulas sama ada ketegangan masyarakat Islam-Kristian di Malaysia mempunyai kaitan dengan pengembagan hubungan tersebut di seluruh dunia, Ma'amor cuba melihatnya dengan hubungan yang lebih besar - peranan agensi risikan Amerika Syarikat, CIA.

'Ini semua kerja CIA'

"Saya khuatir ini tanpa sedar, peluang untuk CIA menghancurkan negara kita. Mereka tidak akan senang untuk melihat (negara Islam seperti) Malaysia kuat, Indonesia kuat…Sebab bagi dia, negara yang kuat menjadi pesaing kepada mereka.

"Dia lebih suka orang lemah. Sebab itu kita lihat bagaimana selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, puak ini (CIA) kata akan berlaku huru-hara dan akan hancurlah Malaysia," katanya penuh curiga.

cia central intelligence agencySementara Azmi mengulas dengan jelas, berkata:

"Islam sudah lama dicemburui oleh mubaligh Kristian. Sejarah panjang era penjajahan Eropah-Kristian untuk membawa 'gospel, glory dan gold' (agama, keagungan dan harta) ke rantau negara-negara umat Islam tidak dapat dinafikan.

Asri pula sekali lagi berbeza pandangan dan dilihat lebih terbuka dengan menafikan wujudnya ketegangan kerana penganut Kristian hanyalah golongan minoriti di Malaysia.

"Saya tidak tahu, ramai orang Islam sangka Kristian musuh utamanya. Tetapi pada hakikatnya, dalam al-Quran dan Sunnah, Kristian dan Yahudi lebih dekat degan Islam daripada agama lain."

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mempunyai pandangan yang sama berhubung keperluan diperbanyakkan dialog antara agama dan menolak penggunaan akta kontroversi ISA dalam menangani isu tersebut.

Dr Mohd Asri dan Azmi telah diketahuai umum tidak menyenangi akta tersebut, termasuk mengeluarkan kenyataan terbuka mengenainya.

Bagaimanapun, Ma'mor yang konsisten menyokong keabsahan akta tersebut kali ini menolaknya kerana "ISA tidak harus digunakan secara sewenang-wenang" tanpa berasaskan bukti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan