Isnin, 29 November 2010

Bahaya Mesej Berantai

بسم الله الرحمن الرحيم

Hati -hati Angka Keramat 26!

Assalamualaikum..



Semalam saya mendapat satu SMS dari seorang sahabat. Bunyinya begini...

"HATI-HATI ANGKA keramat "26" !!!

26 December 2004.. Tsunami di Aceh
26 mei 2006.. Gempa bumi di jogja
26 jun 2009... gempa bumi di Tasikmalaya
26 oktober 2010.. Tsunami di mentawi
26 oktober 2010.. Merapi meletus

Apa ada dengan "26" ? tanya dalam Al-Quran surah ke 26 (asy-syu'ara) yang didalamnya tentang azab Allah.

Tolong kirim SMS ini kepada 7 orang.. jangan dipermainkan.. Lillahitaala ini amanah.. jangan dihapus SMS ini sebelum dikirim kepada 7 orang..Apa yang berlaku 26 nov 2010 hari jumaat ini?

KITA DOAKAN AGAR MENDAPAT RAHMAT YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH."

***************************************************************************

Kemudian dengan slumbernya saya reply kat dia.. saya tulis.. "ada ceramah Mat Sabu" dan sebarkanlah kepada sesiapa klau rajin. x kira la berapa orang... kah..kah..kah..kah..

Dia rasa macam saya permainkan dia.. dia balas kembali SMS saya dengan berkata... " ni serius ni bukan main2"

He..he..he..he.. saya pun balas balik....saya kata...

" Memperingati sesuatu itu memang bagus. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan ingatan dari Allah. Masalahnya disini kenapa kena kirim pada 7 orang? dan atas alasan apa kita tak boleh padam sebelum kirim kepada 7 orang? yang menyesatkan apabila kita takut akan sesuatu itu jika kita tidak kirim kepada 7 orang. bukan kerana kita takut pada azab Allah. Dalil dan Nas mana yang mensyaratkan perkara- perkara begini? Pernahkah rasulullah ajar buat macam ni? Yang pastinya 7 orang hantar kepada 26 juta orang di malaysia ni.. yang untungnya tak lain tak bukan ialah syarikat telecomunikasi dan yang rugi dan sesat kita umat islam semua"

**************************************************************************

Kita tinggalkan dulu berkenaan SMS saya dengan kawan tu...

Sedarlah teman-teman. Ini adalah salah satu sms berantai yang banyak kita lihat dewasa ini. Yang sesungguhnya tiada tujuan lain selain mencari keuntungan sambil menyesatkan umat islam oleh golongan yang benci pada islam. Sayangnya masih ada kawan-kawan yang belajar tinggi malah tinggi juga asas agamanya tertipu dik mereka-mereka yang gairah mengaut keuntungan dengan berbagai penipuan ini.. Yang paling sedihnya ia merobak rabikkan aqidah kita umat islam yang semakin jauh dengan agama di bumi malaysia ini.

Semoga kita semua dijauhi dari kesesatan ini... wallahualam.


credit: Bujang Susah

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.



Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

- anakmuaallaf

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


sumber daripada : Blogger Bujang Susah

Rabu, 17 November 2010

Puasa 2012 dan Panji-panji hitam dari timur..maksud hadis. Beringatkah kita??


Cuba kira… 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat..Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan.

Huru hara dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas kat bumi ni).

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal Kalender islam 2012

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

2012 Islamic Calendar

Antara hadith2 akhir zaman ataupun dikenali hadith fitan:

Sabda nabi S.A.W

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

"apa persiapan anda utk menghadapinya"

PANJI HITAM DARI TIMUR
Black Flag From The East

Semua sudah ketentuan Ilahi,
Sebuah tamadun bangkit kembali,
Mengibar gagah sebuah panji,
Berjuang tekad menagih janji,

Telah dilafaz oleh Baginda,
Dalam hadis berabad lamanya,
Bagai kepingan besi waja,
Datangnya langsung tidak diduga,

Setiap detik seratus tahun,
Pasti datang seorang pembangun,
Meletak Islam di tempat teragung,
Silaturrahim hati terdorong,

Panji Hitam Dari Timurr,
Berkibar setelah Islam hancur,
Setelah iman mula gugur,
Taqwa tersemai hancur lebur,

Panji Hitam Dari Timur,
Dirintis oleh seorang pemuda,
Yang tetap sedia dan taat setia,
Pada Raden, Sultan dan bangsa,
Pada tanah air tercinta,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan berkibar ke serata dunia,
Menghapus sistem ciptaan manusia,
Diganti dengan sistem Yang Esa,
Rahmat melimpah tidak terduga,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan diserah kepada Al-Mahdi,
Penguasa timur dan barat sejati,
Pemimpin yang telah lama dinanti,
Nabi Isa kan muncul kembali,
Janji Tuhan pasti terjadi…
Janji Tuhan pasti terjadi…

Credit to http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/11/akhir-zaman-siri-ke-23-panji-panji.html and my friend who email this just to share with you

Bahaya Mengumpat dan Mendegarnya

بسم الله الرحمن الرحيم




Islam adalah agama yang sentiasa menganjurkan kehidupan tenang, aman, damai dan bersatu padu dalam masyarakat Muslimin, khasnya dan keseluruhan manusia amnya. Islam tidak pernah membeza-bezakan darjat di antara manusia. Islam memandang manusia adalah sama taraf baik mereka yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan, hartawan, mahu pun fakir miskin.

Sesungguhnya demi mencapai maksud kehidupan yang aman damai dalam masyarakat, Islam menggariskan panduan kemasyarakatan lengkap yang wajib dipatuhi oleh semua umat Muslimin.


Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah ‘ghibah’. Ghibah bermaksud mengata (mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang diperkatakan itu selalunya perkara buruk yang tidak disenangi simangsa. Firman Allah bermaksud :


“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah baik secara sengaja atau tidak. Mereka yang mengumpat atau memperkatakan sesuatu perkara tidak benar atau tidak disukai oleh saudara mereka digambarkan sebagai orang yang memakan daging mayat saudara mereka. Satu perbuatan yang jijik dan mengejikan, yang tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras. Sewaktu menghuraikan ayat di atas, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :


“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah? Sahabat menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah saw lalu menyambung sabdanya, kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Saya pun bertanya, walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah saw menjawab, jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.” (Al-Nawawi: Riyadhus Sholihin)

Ghibah tidak bermaksud sekadar umpatan dengan menggunakan kata. Ghibah boleh juga digambarkan dengan gerak badan seperti menggerakkan jari telunjuk ke kepala, melirik mata, mencebik bibir mulut, mengangkat alis mata dan sebagainya.

Apa saja perbuatan yang boleh menzahirkan maksud merendah-rendahkan atau mengejek seseorang yang berada di depan si pelaku atau tidak, adalah tergolong sebagai perbuatan ghibah. Saidatina Aisyah meriwayatkan :

“Saya pernah berkata sesuatu kepada Rasulullah saw. Cukuplah dengan Safiah tu, dia tu...(sambil mengisyaratkan sesuatu dengan tangannya). Rasulullah saw berkata, wahai Aisyah sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang jika dilarutkan ke dalam air laut maka akan tercampurlah semua air dengannya.”

Maksud Baginda saw, sepatah kata umpatan (dengan isyarat) daripada Aisyah itu jika diibaratkan seketul pewarna, apabila ia dicampurkan ke dalam air laut maka ia akan merubah warna keseluruhan air laut itu. Begitulah dahysatnya perbuatan mengumpat, ia akan segera merebak dari sekecil-kecil perkara akan menjadi sebesar-besar perkara.


Mengikut ahli hadis, perkataan yang dimaksudkan oleh Aisyah tidak lebih sekadar menggelar Safiah (isteri Nabi yang berbangsa Yahudi) sebagai pendek atau rendah. Sekecil perkataan itu pun Islam tetap menegahnya, apa lagi jika sesuatu yang lebih besar.


Khalid ar-Rabi’e seorang ulama menceritakan, pada suatu ketika dia masuk ke sebuah masjid dan terdengar sekumpulan orang sedang mengumpat seorang lelaki (yang tidak berada di masjid berkenaan pada ketika itu). Khalid menegah mereka dan mereka akur lalu membuka cerita mengenai perkara lain. Namun percakapan mereka beralih kembali kepada hal lelaki itu tidak berapa lama kemudian. Beberapa perkara mengenai lelaki berkenaan terdengar juga ke telinga Khalid walaupun dia tidak mengia atau menyokongnya.


Pada malam itu, Khalid bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang terlalu tinggi dan berkulit hitam membawa sepinggan daging khinzir. Lelaki itu menunjukkan daging khinzir yang dibawanya ke mulut Khalid. Khalid menolak dengan alasan daging khinzir diharamkan ke atas orang Islam dan dia tidak akan memakan daging khinzir sama sekali. Namun lelaki itu dengan kasar memaksanya memakan daging itu hinggakan sebahagian daripada daging yang ditunjukkan oleh lelaki itu terkena bibir Khalid. Dia memarahi Khalid, katanya, sesungguhnya sebelum ini kamu memakan daging yang lebih buruk dan lebih kotor daripada daging khinzir. Apabila terjaga Khalid menyedari kesilapannya kerana terbabit dengan kumpulan pengumpat di masjid itu walaupun sekadar mendengar. Akibat mimpi itu, Khalid tidak dapat makan 40 hari kerana terbayang daging khinzir yang terkena bibirnya. (Al-Afifi: Min Wasaya al-Rasul)


Cerita Khalid tadi amat bertepatan dengan pengharaman ghibah tidak terkhusus kepada pengumpat, malah termasuk pendengar. Oleh itu seseorang Muslim yang baik hendaklah meneliti setiap perkataan saudaranya dan jangan terlalu mudah serta cepat mempercayai serta menyokong kata-katanya tanpa terlebih dulu memeriksa kesahihan fakta.


Apa lagi jika diketahui dia pernah berbohong, berolok-olok dan sebagainya pada masa lalu. Allah berfirman bermaksud :


“Wahai orang beriman, jika datang kepadamu seseorang fasiq (pernah melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu itu.” (Al-Hujuraat : 6)

Seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran kepada mereka secara berhikmah jika kita mengetahui hal sebenar.


Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :


“Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda :


“Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.” (Sunan Abi Daud).

Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, kita melihat masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh singkat.

Mungkin bertujuan politik, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, masyarakat Muslim akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.


Tampuk kepemimpinan umat Islam juga akan berada di tangan orang yang berjaya memperolehi sokongan melalui tipu helah. Pada ketika itu tunggulah balasan kehancuran daripada Allah.


Mungkin ada yang mempersoalkan, jika memperkatakan seseorang walaupun mengenai perkara benar dianggap ghibah, tertutuplah peluang untuk memperolehi keadilan kerana umat Islam tidak dibenarkan membongkar perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang?

Hakikatnya Islam adalah agama dinamik, hukumnya bukanlah undang-undang statik dan tidak akan berubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Jelas dalam hal ini, Allah menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang dicakapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Nisa : 148)

Ini bererti pembongkaran perbuatan jahat di mahkamah atau ketika menghadapi proses pengadilan tidak dikira sebagai perbuatan ghibah. Bahkan ia adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Umat Islam mestilah berani membongkar perbuatan menyalahi nilai murni kehidupan supaya dapat dihapuskan serentak menjamin keamanan sejagat.

Dosa ghibah walaupun tidak sehebat dosa fitnah, sebagaimana diketahui Islam meletakkan dosa fitnah sebagai lebih besar daripada membunuh. (Al-Baqarah : 191)

Namun ghibah juga boleh membawa kepada fitnah. Secara logik cerita yang kurang enak didengar yang berasaskan sangkaan atau gambaran peribadi si A (pemula) akan berkembang menjadi lebih besar dengan pembawaan dan tokok tambah si B, si C dan seterusnya. Perkara asalnya kecil boleh merebak menjadi isu besar. Bukankah pada saat itu ia bertukar menjadi fitnah?


Oleh itu sama-samalah kita elakkan perbuatan ghibah seperti mengumpat, mencaci maki, mengejek dan sebagainya. Sesungguhnya semua umat Islam bersaudara, bererti sesiapa saja yang menjadi sasaran umpatan, kejian atau ejekan kita adalah saudara kita. Tidak wajar bagi seseorang yang waras bertindak demikian ke atas saudaranya sendiri.

sumber http://www.ustaznoramin.com/2010/09/bahaya-mengumpat-dan-mendengarnya.html

23 Perkara Yg Dilarang

بسم الله الرحمن الرحيم





Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara tersebut yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.

  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

  6. Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  8. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  9. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

  10. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  11. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

  13. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

  16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

  19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

  20. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

  21. Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

  22. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.

  23. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.
sumber http://www.ustaznoramin.com/2010/01/23-perkara-yang-dilarang.html

10 Jenis Solat Yg Tidak Diterima Oleh ALLAh SWT

بسم الله الرحمن الرحيم



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com/