Selasa, 7 Disember 2010

Persoalan Mengenai Jamak Solat dan Arah Menentukan Kiblat

بسم الله الرحمن الرحيم

Jawapan disediakan oleh Ustaz Nor Amin

Salam ustaz,saya ad beberapa persoalan untuk ditanya..
(1) saya seorang musafir, perjalanan melebihi 2 marhalah.apabila sampai ke destinasi di tuju, saya melakukan solat jumaat seperti biasa kerana sampai awal.pada sebelah petang,saya solat asar juga seperti biasa.persoalannya pada sebelah malam, bolehkah saya jamak maghrib dan isyak?ataupn dalam situasi lain bolehkah seseorang itu melakukan jamak stelah dia melakukkan solat sprti biasa?
(2)ada pndapat yg mengatakan jamak hanya boleh dilakukan sekiranya masih belum sampai tempat dituju.sekiranya dah sampai x boleh,iaitu sekiranya dah boleh solat tamam,bermaksud soalt spt biasa kerana dikira berkemampuan utk solat spt biasa?komen ustaz..
(3)bagaimana menentukan arah kiblat jika kita berada di tempat yg tidak diketahui arahnya spt dlm hutan.ada yg mengatakan arah matahari terbenam.ad juga yg mengatakn arah matahari terbenam tetapi kanan sedikit yakni arah barat laut.
diharapkan ustaz dpt membantu saya dlm persoalan diatas..waallahulam..

Jawapan:

1. Boleh jamak n qasar bagi orang yang musafir lebih dari 2 marhalah, masa boleh jamak qasar adalah 2 hari perjalanan pergi balik n menetap selama 3 hari, setiap perjalanan mestilah bertujuan baik..

Sebenarnya anda boleh jamak solat jumaat n asar (qasar 2 rakaat sahaja), magrib n isyak..

Boleh buat jamak n qasar sebab dia adalah harus, walaupun anda dah buat solat tamam..

2. Arah kiblat ni, kita boleh tanya orang, boleh tentukan dengan kompas, atau apa2 benda yang boleh diyakini arah kiblat, ringkasnya kalau tiada petunjuk, arahkan sahaja mengikut pengetahuan kita dengan hati yang benar2 yakin iaitu 100% yakin, kalau kurang maka tidak sah solat kita ke arah kiblat yang tidak diyakini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan