Selasa, 2 Mac 2010

Blog SOSIALIS HIJAU diceroboh...password ditkar..

Ini adalah e-mail dari seorang sahabat yang mengendalikan blog SOSIALIS HIJAU, menurutnya blog beliau telah diceroboh dan password telah ditukar dan sekarang blog tersebut telah dikendalikan oleh pihak lain.


SALAM BUAT SEMUA BLOGGER.. SAYA MEMOHON JASA BAIK TUAN UNTUK MENYIARKAN EMAIL SAYA INI DI DALAM BLOG ANDA. JASA BAIK TUAN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH

Salam kepada semua pembaca,

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger yang telah sudi untuk menyiarkan email saya ini.

Tujuan email ini adalah untuk memaklumkan kepada semua pembaca yang pernah melawati blog saya iaitu blog SOSIALIS HIJAU, bahawasanya blog itu telah di ceroboh. Mulai 2/3/2010 semua tulisan di dalam blog itu adalah bukan daripada saya.

Sebenarnya saya tidak rasa terkilan sangat dengan cara dewan Pemuda Pas Pulau Pinang bermain cara ini. Bagi saya itu adalah perkara biasa di dalam politik. Hari ini kita di serang dan esok kita menyerang. Itu sudah adat berpolitik. Siapa yang cekap dialah yang ke depan.

Biarlah pembaca menilai sendiri apa yang mahu ditulis oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Tidakkah memalukan apabila mereka menulis yang saya ini memohon maaf kepada mereka? Menulis sendiri pemohonan maaf kepada diri sendiri adalah satu perkara yang lucu. Mereka mewakili saya untuk memohon maaf kepada diri mereka. Tidakkah ini satu perkara yang mengelikan hati.

Bagi saya paling kuat blog ini akan di lawati tidak akan lebih dari seminggu kerana blog ini paling banyak di masuki dari blog blog yang lain. Apabila blog blog yang selama ini memberi link kepada blog saya membuang daripada senarai link blog mereka maka blog ini sudah tidak kan di lawati lagi

Terima kasih kepada blogger-blogger yang telah membuang link blog saya dari blog mereka. InsyaAllah blog SOSIALIS HIJAU yang baru kan menyusul dalam masa terdekat. Bagi saya tujuan blog Sosialis Hijau yang lama telah tercapai sehingga mereka sudah tidak tahan dan berusaha untuk menghapuskan blog ini. Blog ini telah di lawati lebih dari 52,000 pengunjung.

Akhir sekali saya ucapkan Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang kerana telah Berjaya menceroboh email saya. Saya juga akan berbuat demikian jika saya ada kemahiran untuk berbuat begitu. Ubahsuailah apa saja di blog itu mengikut kehendak anda. Cuma yang saya minta kisah-kisah sejarah yang telah di tulis tidak perlulah di padamkan kerana ianya adalah cukup berharga.



Sekian Terima Kasih

SOSIALIS HIJAU

019 – 434 2479

017 – 495 2479

Tiada ulasan:

Catat Ulasan