Rabu, 3 Mac 2010

Politik Malaysia-Apa kesudahannya.(Oleh gajahmenta.blogspot.com)





Paparan carta di atas, adalah kedudukan terkini bilangan AP waktu ini setelah AP Bagan Serai membuat pengumuman untuk meninggalkan PKR seterusnya menjadi Ahli Bebas, beliau mengikut jejak langkah rakannya Dato Zahrin dan Tan Tee Beng. Kini PKR hanya tinggal 27 kerusi sahaja di Parlimen dan apakah kedudukan DSAI sebagai ketua pembangkang akan ditamatkan ? Walaubagaimana pun persetujuan antara 3 gabungan PR ( PAS, DAP n PKR ) sebulat suara memberikan keyakinan kepada DSAI untuk bertindak terus sebagai Ketua Pembangkang.

AP Bagan Serai memberikan alasan kerana PKR telah tidak menghormati institusi Istana dan bersekongkong dengan penggunaan " ALLAH " oleh mereka yang bukan Islam. Alasan ini tidak perlu kita ulas, yang penting bagaimana pihak PKR perlu mempertahankan agar lompatan tidak berlaku lagi. Pengakuan 12 AP PKR yang lain mungkin memberikan satu kekuatan kepada DSAI untuk meneruskan cita-cita, perjuangan sama ada untuk memastikan negera terselamat dari terjerumus ke alam yang lebih dahsyat rasuah dan amalan penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang sedang memerintah.

Apakah ini salah satu cara untuk memastikan kes Liwat 2 DSAI didapati bersalah kerana pada waktu ini semakin hari semakin ramai kalangan kepimpinan dunia tidak bersetuju dengan tindakan mahkamah Malaysia melayani kes ini ( cuma orang UMNO yang bersetuju ). Untuk itu kepada pengikut dan peminat " Dulu, Kini & Selama-lamanya " banyakan membaca ( baca semua jenis akhbar ), datang berusrah, ikut kelas pengajian dan banyakkan penyerahan diri kepada ALLAH, agar dapat ditunjukan kebenaran.

Memang tidak dinafikan ramai kalangan ahli PKR adalah mereka dari dulunya UMNO yang biasa hidup mewan dengan harta benda rakyat, tapi bila bersama-sama dengan PKR apa yang ada, hutang pun mohon dijelaskan, gaji nak tinggi, PKR bukan merintah lagi. Untuk itu yang terbaik tinggalkan PKR, tapi yang sedihnya kenapa ahli pergi di saat DSAI sedang dalam perbicaraan?

Kita lihat saja, YAB Nik Aziz dapat " sponsor " ke Mekah di siasat habis-habisan, YAB menyerahkan lembu korban di siasat secara detail, kes Beng Hock, di siasat sampai mati, tapi apakan ini belaku di kalangan mereka yang berlebelkan Keris? Mereka buat semua betul tak perlu disiasat walaupun sudah banyak laporan di buat, mereka yang bertanggongjawab buat tak nampak saja. Lihat Buku yang ditulis oleh Barry Wain - penyelewangan Mahathir sampai kini SPRM buat tak nampak saja.

" apalah gunanya, kita menang sebagai ketua cawangan, ketua bahagian, MKT tapi tidak dapat memerintah - apakah itu yang kita mau " YAB PM - suara keadilan Bil 221 catatan Sdr. Rosli Hashim. Kenapa tak fikirkan yang selama ini, PAS, DAP dan kini PKR seronok dengan jawatan yang di sandang walaupun tidak memerintah. Malahan di herdik, di fitnah dan sebagainya. Bagi UMNO / BN setiap yang berjawatan itu mesti ada imbohan, dan imbohan dengan menggunakan hak rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan